Saturday, January 21, 2012

Kumpulan Super Junior menang anugerah utama




SEOUL - Kumpulan penyanyi pop Korea, Super Junior merupakan pemenang terbesar dalam Anugerah Muzik Seoul Kali Ke-21 kelmarin, lapor akhbar Bulletin Entertaiment semalam.

Super Junior yang popular dengan lagu hit Mr. Simple memenangi hadiah utama Daesang dalam anugerah itu.

Ketua Super Junior, LeeTeuk berkata di laman Twitter bagi mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminatnya kerana kemenangan tersebut.

"Terima kasih!!!!! Amat gembira," katanya.

Kumpulan Girls Generation dan Lee Seung Gi menang anugerah populariti.

No comments: