PENDIDIKAN


ALOI

1.  Aloi ialah bahan yang terdiri daripada campuran dua atau lebih unsur atau logam dengan
     komposisi tertentu.

2.  Aloi terdiri daripada campuran logam utama dengan atom unsur lain yang dipanggil atom asing.
3.  Atom asing mempunyai saiz yang berlainan daripada logam utama.
4.  Atom asing menempati ruang kosong di dalam kekisi logam tulen.
5.  Atom asing mengganggu susunan atom logam tulen yang teratur dan sekata.
6.  Ini menghalang atom-atom logam utama daripada menggelongsor.
7.  Ketertempaan dan kemuluran logam akan berkurang.
8.  Kekerasan aloi lebih tinggi daripada logam tulen.

9.  Tujuan pengaloian ialah:
(a)    menambahkan kekerasan dan kekuatan logam tulen.
        Contohnya: magnalium(aloi magnesium dan aluminium) lebih keras daripada aluminium tulen.
(b)    membaiki rupa logam dan menjadikan bahan lebih indah.
Contohnya: piuter(aloi timah, antimoni dan kuprum) lebih indah daripada timah tulen.
(c)    mencegah kakisan logam.
Contohnya: keluli nirkarat(aloi ferum, karbon, kromium dan nikel) sukar berkarat berbanding
       dengan ferum(besi) tulen.

10. Contoh-contoh aloi dan komposisinya:
Aloi
Komposisi
Sifat Aloi
Kegunaan Aloi
Duralumin
95.5% Aluminium, 4% Kuprum, 0.5% Magnesium
Keras, tahan kakisan dan indah serta ringan.
Membuat badan kapal terbang, basikal lumba dan kabel elektrik.
Gangsa
90% Kuprum, 10% Stanum
Keras, tahan kakisan dan indah.
Membuat pingat, pedang dan barang perhiasan.
Loyang
70% Kuprum, 30% Zink
Keras, tahan kakisan dan indah.
Membuat alat elektrik dan barang perhiasan.
Piuter
91% Stanum, 7% Antimoni,
2% Kuprum
Tahan kakisan dan indah.
Membuat cenderamata dan barang perhiasan.
Keluli
99% Ferum, 1% Karbon
Keras dan tahan kakisan.
Membuat badan kenderaan, kapal dan jambatan.
Keluli nirkarat
73% Ferum, 18% Kromium,
8% Nikel + Karbon
Keras, tahan kakisan dan indah.
Membuat alat-alat dapur.
Kupronikel
75% Kuprum, 25% Nikel
Keras, tahan kakisan dan indah.
Membuat duit syiling dan kipas turbin.
Pateri
50% Plumbum, 50% Stanum
Tahan kakisan.
Menyambung dawai elektrik dan industri kimpalan.

11. Perbezaan antara logam tulen dan aloi ialah:
Logam Tulen
Aloi
Atom-atom mempunyai saiz yang sama.
Atom-atom mempunyai saiz yang berbeza.
Mengandungi satu jenis atom sahaja.
Mengandungi lebih daripada satu jenis atom.
Susunan atom teratur dan sekata.
Susunan atom kurang teratur dan kurang sekata.
Lapisan atom mudah menggelongsor.
Lapisan atom sukar menggelongsor.
Mulur, tertempa dan mudah terkakis.
Keras, indah dan tahan kakisan.