Friday, January 27, 2012

5 universiti diberi kuasa autonomi

PUTRAJAYA – Sebanyak lima institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini diberi kuasa autonomi bagi mewujudkan universiti yang berinovasi dan lebih berdaya saing.
Lima universiti itu ialah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, IPTA berkenaan diberi kuasa dalam empat bidang merangkumi urus tadbir, kewangan, sumber manusia dan pengurusan akademik serta pengambilan pelajar mulai September ini.
“Sistem yang berteraskan autonomi ini perlu dipatuhi oleh universiti-universiti berkenaan kerana ia melibatkan integriti dan akauntabiliti yang menjadi panduan dalam segala tindakan pengurusan universiti.
“Universiti selalu berkata mereka tidak mencapai kecemerlangan kerana terdapat halangan serta kekangan dan disebabkan itu kuasa autonomi ini diberikan kepada mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas menyampaikan Amanat Tahun Baru 2012 Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.

1 comment:

Princess Nusy said...

USM di hatiku...hehe..^^